AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Tuesday, September 28, 2010

MAGHI BACE QURAN


Surah Al-Mumtahanah terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu ayat 1-9 dan ayat 10-13. Asbabun Nuzul ayat 1-9 adalah kisah Hatib bin Abi Balta’ah. Kisah ni kisah yg glamer, yang saya rasa kebanyakan kita mengetahuinya. Tapi version yang saya baca dalam tafsir zilal ni adalah version yang sgt menyentuh hati… x pernah saya sangka, dari kisah pendek itu, bermacam2 pengajaran yang boleh diambil…

Hatib bin Abi Balta’ah adalah seorang muhajirin dan juga ahli badar. Setelah keputusan utk membuka kota Mekah dibuat, Rasulullah SAW memberitahu keputusan tersebut kpd hanya beberapa org sahabat yg terpilih - salah seorang daripadanya adalah Hatib. Mendengar berita tersebut, Hatib menjadi gelisah - keselamatan keluarga dan harta benda yg ditinggalkan di Mekah semasa berhijrah dulu menjadi kebimbangan Hatib, lebih2 lagi Hatib dan keluarganya adalah pendatang di kota Mekah dulu. Dia tidak ada suku kaum atau saudara mara yg boleh membantu melindungi keselamatan harta dan keluarga Hatib di Mekah apabila tentera muslimin masuk ke kota Mekah nanti.

Hatib nekad menulis surat kpd musyrikin mekah utk memberitahu kedatangan tentera Muslimin. Harapannya, moga musyrikin mekah akan mengenang jasanya itu dengan melindungi keluarga dan harta bendanya sebagai balasan. Surat itu dikirim utk dibawa oleh seorang perempuan musyrik yg dtg meminta bantuan di Madinah yg seterusnya menuju ke Mekah.

Perancangan Allah mengatasi segalanya. Allah mewahyukan kpd Rasulullah SAW mengenai rancangan Hatib tersebut, lantas Rasulullah memerintahkan beberapa sahabat utk intercept perempuan musyrik tersebut, dan merampas surat tersebut. Terbukti Hatib bersalah… lalu beliau dibawa berjumpa Rasulullah.

Seperti biasa, Umar dgn ganasnya berkata, “Hatib telah mengkhianati kita! Biar aku penggal saja lehernya!” Rasulullah dengan tenangnya tanya Hatib kenapa dia buat camtu. Hatib pun berkata (kena quote betul2 ayat dlm tafsir zilal sbb bess giler!)

Demi Allah, saya tidak mempunyai apa2 tujuan melainkan utk tetap beriman kpd Allah dan RasulNya. Tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang mereka dan

saya harap dgn budi ini Allah melindungi keluarga dan harta benda saya di sana, kerana tiada seorang pun dari sahabat2 anda melainkan semuanya masing2 ada anak buahnya, dan dengan perantaraan mereka Allah melindungi keluarga dan harta benda mereka di sana.
Rasulullah membenarkan kata2 Hatib dan melarang sahabat berkata apa2 melainkan yg baik sahaja. Umar tetap berkeras nak memenggal kepala Hatib, tapi Rasulullah tanya Umar balik “bukankah dia ahli badar?” Umar jawab, “Semoga Allah beri kebaikan kpd ahli badar.” Kemudian Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat betapa Allah seolah2 telah berkata kpd para ahli badar, “Buatlah apa yg kamu suka, sesungguhnya syurga telah ditetapkan utk kamu atau sesungguhnya dosa2 kamu telah diampunkan Allah.”
Lalu bergenang air mata Umar dan dia berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Huwaaa…. rasa nak nangis baca kisah ni! Terharu dengan tarbiyyah Allah buat hamba2Nya yg beriman. Pengajaran yg kita boleh ambil dari kisah ni:

  1. Hatib terpilih sbg salah seorang dari hanya segelintir sahabat yg dipilih oleh Rasulullah utk beritahu berita tentera Muslimin ingin menyerang Musyrikin mekah. Takkan Allah dan RasulNya tak tahu yg rahsia itu akan dibocorkan oleh Hatib? Allahlah yg paling tahu antara kita semua, tapi Allah sengaja mahu incident ni berlaku supaya Hatib dan para sahabat dpt melalui peristiwa ini sbg tarbiyyah dari Allah.
  2. Hatib sendiri seorang ahli badar - yg Allah dah janjikan syurga dan diampunkan dosanya. Darjat ahli badar teramatlah tingginya, dan sape yg ahli badar ni mmg imannya bukan calang2. tapi Allah nak tunjuk betapa hebat pun seseorang tu, ada masa dan ketikanya kita akan tewas dengan benda2 yg very dear to the person’s heart. Dan hakikat ni adalah fitrah manusia yang Allah ciptakan sebagai makhluk yang memang tidak sempurna. Allah jadikan hakikat ni bukan utk org lain yg melihatnya mencela dan merendahkan org lain yg mengalami perkara tersebut, tapi supaya kita saling cuba dan memahami dan support each other when any one of us menghadapi benda ni… Kan Allah kata “Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk org2 mukmin.”
  3. Lihat kata2 Hatib di atas semasa Rasulullah meminta penjelasan kenapa dia membocorkan rahsia tersebut. Keimanan Hatib sgt jelas (lihat kpd ayat2 yg saya bold) - Hatib sgt sedar dan aware bahawa hanya Allahlah yg berkuasa memberi perlindungan, jasanya itu dan kaum kerabat sahabat2 yg lain hanyalah perantraan kpd perlindungan yg hakikatnya dtg dari Allah. Masya Allah… berapa ramai antara kita yg betul2 mengimani perkara ini dengan seluruh jiwa raga kita. Yup, mungkin kita sentiasa menyebut dgn mulut kita. tapi dalam hati kita, hanya Allah yg tahu sedalam manakah iman kita kpd kemutlakan kekuasaanNya.
  4. Sopan santun, kasih sayang dan ketenangan Rasulullah SAW sendiri dalam menghadapi detik2 kelemahan para sahabatnya merupakan qudwah hasanah yg tidak ternilai yg kita boleh dpt dari kisah ni. Makes us reflect, macam mana pula reaksi dan sikap kita terhadap akhawat kita yg kdg2 tewas dgn fitrah yg Allah jadikan ini… keterikatan dgn something yg very dear to their heart. Sejauh mana lapang dada kita yg sepatutnya merupakan serendah2 ukhuwah itu? Sejauh mana baik sangka kita kpd org lain? dan yg paling penting, sejauh mana kita tlg support sahabat2 kita yg kdg kala tewas ini? Mungkin kita juga satu hari nanti akan ditakdirkan Allah berdepan dgn apa yg Hatib rasa itu (itu pun kalau kita belum rasa lagi benda tu). Qudwah hasanah dari Rasulullah SAW itulah yg patut kita contohi…

Masya Allah, surah ini adalah satu surah yg bagi saya sgt menyentuh jiwa, dan begitu menekankan kpd kita betapa ikatan yg berteraskan aqidah yg akan tersimpul kukuh di dunia dan akhirat itulah yg patut kita pegang dan cherish selalu. Masya Allah, ukhuwwah fillah ini sudah saya rasakan betapa manisnya ia, dan tidak mahu lagi saya untuk lari daripadanya.

Setinggi2 kesyukuran hanya buat Allah Rabbul Jalil yg telah menemukanku dengan CAHAYA ITU…

Monday, September 27, 2010

UBN....LEBONG SOKMO


UMNO lah yang menghilangkan kuasa dan suara Melayu-Islam

Monday, 27 September 2010 02:41 Editor

Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan UMNO lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi kenyataan dan igauan takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara.
Semuanya ini telah sekali lagi diulang sebut pada saat UMNO berada dalam keadaan yang paling parah dari segi politiknya. Sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa UMNO adalah parti warisan yang meneruskan agenda penjajah dengan melaksanakan ideologi yang boleh melemahkan umat Islam disamping mereka juga tidak boleh dijadikan contoh yang baik terhadap masyarakat majmuk dalam negara kita ini. Pimpinan UMNO jugalah yang terus menerus melebarkan pandangan masyarakat dijalur perkauman sempit. Kemajmukan masyarakat dalam negara kita ini sepatutnya dijadikan satu asas untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.

Tetapi UMNO telah gagal dalam memikul amanah rakyat ini. Akibatnya orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihanraya tetapi gagal untuk memartabatkan Islam yang menjadi agama persekutuan dalam negara kita ini. Pimpinan UMNO dan BN telah menunjukkan pelbagai contoh kepimpinan yang merosakkan imej Islam dengan berlakunya ketidakadilan dalam masyarakat, penyelewengan dan rasuah dari puluhan hingga ke jutaan ringgit serta meneruskan amalan demokrasi yang pincang.

Semuanya ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai penindasan dan kezaliman terhadap orang Melayu-Islam dalam negara kita sendiri. Tentu kita tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menyebabkan hilangnya kuasa politik Islam di Singapura. Sikap songsang mereka ini juga dapat dilihat apabila kerajaan BN pimpinan UMNO yang telah memerintah Pulau Pinang selama puluhan tahun sehingga meninggalkan suasana politik buruk yang menghakis masyarakat Melayu-Islam di sana, tetapi tanpa segan silu pimpinan UMNO ini cuba menyalahkan Pakatan Rakyat yang hanya berusia dua tahun.

Kita juga tidak sekali-kali akan lupa bahawa diskriminasi politik dilaksanakan secara pecah perintah oleh UMNO yang memerintah di Kerajaan Persekutuan terhadap orang Melayu-Islam di Terengganu, Kelantan dan Kedah dalam isu pemberian subsidi baja, perampasan royalti minyak di Terengganu dan menafikannya di Kelantan, penyusutan tanah wakaf di Pulau Pinang dan kegagalan mengendalikan tanah rezab Melayu, pemberian geran tanah yang dijadikan ugutan untuk memperolehi undi, penafian peluang biasiswa pendidikan dan peluang perniagaan yang disekat serta pelbagai lagi penindasan yang dilakukan terhadap orang Melayu-Islam di bawah semata-mata kerana mereka yang mempunyai pendirian politik yang berlainan dengan UMNO. Bukankah mereka ini juga orang Melayu-Islam ?. Kita ingin bertanya : Mana ia suara bahawa UMNO membela Melayu-Islam ?.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini mengajak seluruh orang Melayu-Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa UMNO-BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka.

Marilah bersama dengan gagasan baharu bahawa PAS perlu menggantikan UMNO sebagai teras politik Melayu-Islam dalam negara kita ini.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah BN dengan bersama membuat perubahan bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


17 Syawal 1431/ 26 September 2010