AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Friday, May 7, 2010

QIAS

Usrah 7 Mei membincangkan QIAS dari buku Manhaj ilmu fiqh- Oleh almarhum hj Said Ibrahim , mantan Mufti Sabah;

Soalan?

ijmak ngan al Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan tamadun islam..

Jawapan :

Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar'iyyah atau di dalam bahasa melayu disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam..

Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak;


1) Al-Quran

2) Al-Hadis

3) Ijmak

4) Qias



Apa yang dimaksudkan dengan ijmak?

Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah.

Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman Allah Ta’ala;


ومن يشقق الرسول من بعد ما تبين له الهدى ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله ما تولى ما تولى ونصله جهنم وساءت مصيرا

Maksudnya:

barangsiapa menyalahi akan Rasulullah SAW kemudian daripada nyata baginya yang sebenar dengan sebab mukjizat dan mengikut yang lain daripada i'tiqad dan pekerjaan sekalian yang beriman nescaya kami jadikan dia memerintah akan kesesatan yang dipilih oleh dia dan kami masukkan dia ke dalam api neraka.

(An-nisa’ ayat 115)


Berkata al-Baidhowi bermula ayat ini menunjuk atas HARAM menyalahi ijmak. Di dalam ayat al-Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid (petunjuk) yang menunjukkan kepada wajib mengikuti ijmak dan HARAM menyalahinya. Berkata berkata musonnif tiada dalil yang menunjukkan al-Mukminin di dalam ayat ditujukan kepada sahabat sahaja tetapi termasuk juga ulamak mujtahid.

Dalil hadis yang menunjukkan haram menyalahi atau keluar daripada ijmak ialah sabda Nabi SAW ;


لا تجمع أمتي على ضلالة – رواه الترمذي وغيره

Mafhumnya :

Tiada berhimpun umat aku di atas kesesatan.

Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi dan lain-lain imam. Hadis ini menjadi dalil yang menunjukkan ijmak merupakan hujjah Islam samada ijmak sahabat atau imam mujtahid kerana lafaz ummati di dalam hadis umum merangkumi sekalian sahabat dan mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW.

Saya sebutkan perbandingan di antara ijmak sahabat dan ijmak ulama mujtahid kerana terdapat dakwaan yang menyatakan ijmak sahabat sahaja yang wajib diikuti. Pandangan ini salah berdasarkan dalil al-Quran dan al-hadis yang telah saya bahaskan di atas.

Adapun ijmak ulil amri (pemerintah) atau ustaz-ustaz atau mufti-mufti yang tidak mujtahid tiada ia tidak menjadi dalil kerana syarat ijmak itu tertentu kepada mujtahid sahaja. Maka perlu difahami dan dipelajari siapa yang dikatakan sebagai mujtahid?? Ana tidak berhajat untuk memberi penjelesan di sini kerana mura3atan lissual..

Apa itu Qias?

Qias ialah mengembalikan furu' (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.

Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama.

Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang dengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Al-Hadis kerana firman Allah :

فاعتبروا

Maksudnya : i'tibar oleh kamu.

Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu. Nabi SAW sendiri menggunakan qias yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah tidak membatalkan puasa.

Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.

Ijmak dan Qias sama?

Daripada satu sudut jmak dan Qias ada persamaan dan berbeza daripada sudut yang lain.

Berbeza kerana ijmak merupakan kesepakatan sahabat Nabi SAW dan ulama' mujtahid Islam di dalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada Al-Quran dan Al-Hadis adapun qias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkan sesuatu hukum yang tidak wujud secara qot'ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan kata lain jika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis maka kaedah qias digunakan untuk menentukan hukumnya seperti yang kita telah bincangkan di dalam pengertian di atas.

Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan.

Kaitan dengan tamaddun Islam.

Persoalan kaitan ijmak dan qias dengan tamaddun Islam maka ana katakan ia mempunyai kaitan yang rapat kerana jika kita mendalami falsafah Islam kita akan mendapati pemikiran-pemikiran yang hebat yang membawa kepada ketinggian tamaddun Islam dengan menggunakan qawaid aqliyyah yang salimah seperti ilmu mantiq. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yang digunapakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-Hadis yang jawamiul jawaami'. Apa makna jawamiul jawami'? Secara mudah boleh difahami ialah perkataan yang sedikit tetapi maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengan kalam Nabi SAW yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran Basmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan

Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi.


...hingga Jumpa lagi...


Monday, May 3, 2010

HIDUP SIHAT DLM PERJUANGAN

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )
( Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..)

FIRMAN ALLAH:
(وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُم بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ)
(المائدة : 7 )

7. Dan ingatlah karunia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya[405] yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati." Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengetahui isi hati(mu).



Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah
fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same
function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
-
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah
kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili
bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly,
the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the
moon/"cold") .
-
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan
bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit ,
sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left
nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
-
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan
bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama
kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah
kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung
sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and
breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh
again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The
left side gets cold easily).
-
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya
cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan
, sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down
easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry
easily).
-
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung
sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika
lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat
lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung
sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the
left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will
feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for
breathing and you will get refresh quickly)
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih
baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much
better for adults).
-
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya
berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga
!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan
teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala
dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me
jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not
bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that
time, I used to have headache every night and I was not able to study. I
took medicine but I was not cured).
-
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah
kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari
satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama
1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang
lagi.
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and
breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my
headache problem had left me! I continued doing it for about a month and
since then there was no recurrence of headache in me) .
-
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang
lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat
saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi
alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada
kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache
to try this method as it was effective for me. It also works for those who
have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for
a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .
-
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan
mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and
your body will be in a very relaxing conditio