AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Thursday, April 30, 2009

PROGRAM JEJAK CEMERLANG


Program Outdoor di Kem Tok Sakah
( Photo ihsan Manjungmari)

Berdoa mohon restu Ilahi di surau Sri Attaalim


Solat Jamaah beralaskan pepasir di Telok Senanging
( Ihsan dari Manjungmari)

Petang 30 Apr 2004 ,kami sekeluarga menghadiri Program Yaasin di Sri Taalim. 7.30 terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang berkumpul untuk berbuka puasa.Alhamdulillah inilah contoh Tarbiyah Islam di Sri taalim ,yang insayAllah menjadi renungan untuk ibubapa dan para pejuang, agar turut sama berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Sesungguhnya harapan dan amanah yang diharapkan oleh para ibubapa kepada Seri At Taalim,amat tinggi sekali,justru itu semua ALP dan guru-guru serta semuanya mestilah tidak jemu-jemu mencari jalan dan idea, bagi memastikan segala aktiviti dan program yang dilakukan penuh dengan keikhlasan dan membuahkan kerja yang bersepadu, kerjasama dan penuh istiqamah.Amanah ini amat besar dan perlu dihayati bersama.Sebarang bentuk yang merugikan dan terkeluar dari landasan Syriat dan tarbiah perlu dielakkan.

Dalam program sebegini , bukan sahaja dapat memotivasikan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu bapa dengan guru-guru, seterusnya melahirkan kecemerlangan dan bertautnya ukhuwwah Islamiyah yang sangat besar kesannya didalam haraki dan tarbawi ruuhiy.
Apa lagi didalam kegawatan yang melanda perak khasnya dan Negara umumnya.Mudah-mudahan kegawatan yang melanda ini dapat dikongsi bersama dan sama-sama memohon pertolongan Ilahi agar ianya segera di gantikan Allah dengan suasana aman dan tenteram semula.

Justru itulah selepas mengerjakan solat magrib berjamaah, diadakan solat hajat memohon pertolongan dari Allah, disamping mohon keselamatan kepada jamaah juga , agar anak-anak yang bakal menghadapi UPSR di kurniakan kejayaan dan keberkatan oleh Allah Swt.
Selepas itu majlis bacaan Yaasin dan doa selamat .Majlis berakhir jam 9.30 malam dengan jamuan yang di "sedeqahkan" oleh beberapa orang para pengajar yang akan berpisah untukmenyambung pelajaran masing-masing ke IPT.Semoga semua diberkati Allah.

Monday, April 27, 2009

PETUA SIHAT


Untuk tatapan semua : sihat ala Rasulullah Saw:

1. Selalu bangun sebelum suboh
- Limpahan pahala dari Allah swt.
- Kesegaran udara suboh,terapi untuk penyakit TB
- Menguatkan fikiran, sihatkan emosi

2. Hari Khamis dan Jumaat:
- Cuci Muka- rapikan bulu dan rambut
- Potong kuku
- Bersugi
- Minyakkan rambut

3. Amalkan mandi pagi
- Wangian

4. Control makan

5. Banyakkan berjalan kaki- edaran untuk darah dan jantong

6. Control marah

7. Selalalu optimis.
- Istiqamah
- Bekerja keras.
- Tawakal

8. Tidak iri hati
- Stabilkan hati

Saturday, April 18, 2009

TAWARAN RM10,000.00


Ha...Kalau jumpa orang macam ini ....repot kat JAIS....

Terkini,satu peluang untuk pahala dan wang.Ganjaran rm10 ribu , kepada sesiapa yang dapat berjumpa "Che gu Kahar"penipu besar....baca sini.

Monday, April 6, 2009

MIMBAR JUMAAT


PUSAT TARBIYAH KAWASAN LUMUT

" KEBERSIHAN BUDAYA ISLAM"

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: KEBERSIHAN BUDAYA ISLAM".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Isu pencemaran persekitaran, perumahan, tempat ibadat, perparitan, sungai, laut, air dan udara amat membimbangkan kita. Isu-isu pencemaran ini telah menjejaskan kualiti hidup manusia kerana pencemaran itu amat kotor dan menjijikan. Baru-baru ini kawasan kita dikejutkan pula dengan peningkatan penyakit demam denggi, chikungunya, dan pelbagai jenis penyakit lain. Peningkatan kes demam ini adalah petunjuk bahawa amalan kebersihan samada zohir dan batin ( kekotoran persekitaran dan kemaksiatan kehidupan ) tidak diambil peduli oleh sesetengah ahli masyarakat.

Sama ada disedari atau tidak, perbuatan yang tidak berakhlak ini menyebabkan timbul kebimbangan dan ketakutan serta menjejaskan kehidupan kita. Justeru, bagi mengatasi masalah ini masyarakat Islam perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan menurut lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran mental dan fizikal yang tinggi serta mematuhi sunnah rasulullah saw. Jangan nanti 'Sudah Terhantuk Baru Tengadah'.

Sikap membudayakan amalan Attaywaabin( bertaubat )dan Almutatohhirin ( kebersihan )perlu serentak, yang membukti kekuatan akidah seseorang dan disukai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:

Maksudnya: " Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kajian sebuah syarikat penyelidik antarabangsa telah menyenaraikan hanya 25 buah negara paling bersih di dunia telah dikenalpasti. Antaranya Switzerland, Sweden, Norway, Finland, Jerman, Jepun, Denmark dan Perancis; malangnya tidak satu pun negara ummat Islam menduduki tangga tersebut, termasuklah negara kita. Persoalan besar timbul di sini ialah, mengapakah umat Islam tidak boleh mengamalkan kebersihan yang dituntut oleh Islam sendiri sebagai lambang ketamadunan?.

Berdasarkan pemerhatian, negara-negara maju mempunyai budaya menjaga kebersihan yang tinggi. Walaupun tidak beragama Islam tetapi mereka lebih mengambil berat aspek kebersihan sepertimana dianjur oleh Islam. Jadi, amalan kebersihan ini adalah amalan mulia berbentuk menyeluruh kerana Islam amat mementingkan kebersihan sama ada zahir atau batin.

Prinsip kebersihan di dalam Islam seperti yang ditekankan dalam berwudhuk dan bersuci dalam ibadat, sepatutnya dihayati dan dijadikan budaya dalam aktiviti hidup yang lain. Mimbar suka mengingatkan jemaah bahawa membudayakan atau mentabiatkan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah,dan diperluaskan di pusat-pusat pendidikan,di pusat-pusat pentadbiran negeri dan seterusnya Negara.

Oleh itu, mimbar menyeru ibu bapa, guru-guru,pemimpin-pemimpin di semua peringkat, supaya membimbing dan mengajar ahli-ahli dan ummah , tentang aspek kebersihan. Berdasarkan pemerhatian didapati terdapat perkaitan yang kuat bahawa mereka yang mementingkan kebersihan adalah mereka yang bertamadun. Atau dengan kata lain, keluarga yang bertamadun,rakyat yang bertamaddun, pendidik yang bertamaddun ,pemimpin yang bertamaddun, adalah mereka yang mementingkan kebersihan roh dan kebersihan jasad.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita juga perlu menyoal diri kita sendiri, apakah kita telah menjadi rakyat atau pemimpin yang bertamaddun?. Istilah “tamadun” di sini boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas'ud:

Mafhumnya: "Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih."

Hadith ini membuktikan bahawa kebersihan boleh menjadi faktor penentu untuk mendapat perhatian dan kasih sayang Allah SWT. Allah SWT tidak menyukai kekotoran. Justeru, kita tidak boleh bersifat pengotor. Pengabaian sikap ini sebenarnya akan membawa banyak musibah atau masalah kepada manusia keseluruhannya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini menyeru semua pihak, marilah sama-sama kita menghayati erti kebersihan dalam kehidupan ini. Kebersihan menjadi lambang kepada ketamadunan umat Islam di negara ini sampai bila-bila. Mimbar mencadangkan agar kita mematuhi beberapa perkara berikut:

Pertama: mendidik diri ,keluarga ,masyarakat dan Negara mengutamakan kebersihan dan benci pencemaran,

Kedua: menghayati amalan kebersihan zohir dan batin sebagai budaya hidup didalam masyarakat ,

Ketiga: Kembali kepada undang-undang syariat dan mengenakan hukuman yang lebih tegas ke atas individu atau kumpulan yang beramal dengan budaya Pengotor, rasuah, maksiat, membekalkan makanan dan minuman haram dan kotor,

Keempat: meningkatkan kerjasama dan kesungguhan dalam memerangi penyalahgunaan dadah, arak, perjudian, pelacuran dan sebagainya sebagai satu usaha yang menyeluruh agar kita semua menjadi benar-benar bersih, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Sebagai ummat yang attawabin dan al mutatohhirin..

Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 41:

Maksudnya: " Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

ayat 6