Program Outdoor di Kem Tok Sakah( Photo ihsan Manjungmari) Berdoa mohon restu Ilahi di surau Sri Attaalim Solat Jamaah beralaskan pepasir di Telok Senanging( Ihsan dari Manjungmari) Petang 30 Apr 2004 ,kami sekeluarga menghadiri Program Yaasin di Sri Taalim. 7.30 terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang berkumpul untuk berbuka puasa.Alhamdulillah inilah contoh Tarbiyah Islam di Sri taalim ,yang insayAllah menjadi renungan untuk ibubapa dan para pejuang, agar turut sama berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
Sesungguhnya harapan dan amanah yang diharapkan oleh para ibubapa kepada Seri At Taalim,amat tinggi sekali,justru itu semua ALP dan guru-guru serta semuanya mestilah tidak jemu-jemu mencari jalan dan idea, bagi memastikan segala aktiviti dan program yang dilakukan penuh dengan keikhlasan dan membuahkan kerja yang bersepadu, kerjasama dan penuh istiqamah.Amanah ini amat besar dan perlu dihayati bersama.Sebarang bentuk yang merugikan dan terkeluar dari landasan Syriat dan tarbiah perlu dielakkan.
Dalam program sebegini , bukan sahaja dapat memotivasikan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu bapa dengan guru-guru, seterusnya melahirkan kecemerlangan dan bertautnya ukhuwwah Islamiyah yang sangat besar kesannya didalam haraki dan tarbawi ruuhiy.
Apa lagi didalam kegawatan yang melanda perak khasnya dan Negara umumnya.Mudah-mudahan kegawatan yang melanda ini dapat dikongsi bersama dan sama-sama memohon pertolongan Ilahi agar ianya segera di gantikan Allah dengan suasana aman dan tenteram semula.
Justru itulah selepas mengerjakan solat magrib berjamaah, diadakan solat hajat memohon pertolongan dari Allah, disamping mohon keselamatan kepada jamaah juga , agar anak-anak yang bakal menghadapi UPSR di kurniakan kejayaan dan keberkatan oleh Allah Swt.
Selepas itu majlis bacaan Yaasin dan doa selamat .Majlis berakhir jam 9.30 malam dengan jamuan yang di "sedeqahkan" oleh beberapa orang para pengajar yang akan berpisah untukmenyambung pelajaran masing-masing ke IPT.Semoga semua diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment