Usrah cawangan ,perbincangan berkisar KPI ahli:
Firman Allah swt “(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ)
(آل عمران : 102 )
Wahai orang-orang yang beriman , bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan lah kamu mati melainkan dalam keadaan islam”
Antara pesan Al imam Hassan al banna:1. Segera tunaikan Solat berjamaah setelah mendengar azan.
2. Membaca al-Qur’an, kajilah dan usahakan Khatam al-Qur’an 3 bulan satu kali….
3. Berusaha untuk dapat berbicara menggunakan bahasa Arab.
4. Jangan selalu berdebat dalam segala urusan kerana tidak mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak ketawa, kerana boleh hilangkan hubungan dengan Allah.
6. Jangan banyak bergurau kerana boleh hilangkan tumpuan kepada perjuangan.
7. Jangan berbicara lebih dari keperluan.
8. Jangan mengumpat atau menghina, kecuali apa yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul.
9. Perkenalkan diri pada saudara sebagai mengeratkan Silaturrahim dan hubungan da’wah.
10. Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu,justeru itu uruslah masa agar semuanya manfaat.
No comments:
Post a Comment