AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Sunday, March 28, 2010

PENAWAR KANSER

Rupabentuk buah durian belanda yang matang

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
Firman Allah :
(ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ) (النحل : 69 )

. "kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan".

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh
semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada
terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan
penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar
dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun,
ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon
Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana'
bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah
Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak
besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya
masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser
yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis
kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti
bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,
menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan
kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi
orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia
buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan
Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor
anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk
bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual,
berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang
mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan /
penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar
farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil
ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis
kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat,
Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan
sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa
digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya
memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh
sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama
bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?
Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan
oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar
melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan
Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar,
daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi
penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit
jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti
ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha
manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai
ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti
sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat
adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan
pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar
ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan
dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha
ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit
jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan
mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar,
kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan
menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil
penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak
sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia
menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan
bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita
keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya
sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser
yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada
tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu
menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya
untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar
biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan
bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan,
mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola,
mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000
kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola
mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat,
Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita
keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti
disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara
memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer
Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan
Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang
luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang
100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga
ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel ini
kepada teman-teman dan
insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan
sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".







Thursday, February 18, 2010

KISAH PERANG DAN PERJUANGAN PARA SAHABAT

18 hb Feb 2010.Usrah gabungan bincang tentang usrah matlamat dan tahap-tahap yang perlu di fahami dan di hayati di dalam kehidupan agar sentiasa di berkati Allah swt.

Semasa sesi perbincangan ada di ajukan suatu persoalan tentang sirah dalam peperangan disebut Perang Yamamah.
Untuk maklumatl sila ikuti : -

Perang Yamamah

Perang Yamamah
Sebahagian dari siri Peperangan Islam-Riddah dan
Kempen Khalid ibn al-Walid
Tarikh Disember 632
Tempat Yamamah (semenanjung Arab)
Hasil Kemenangan muktamad Khulafa al-Rasyidun
Pihak bersengketa
Khulafa al-Rasyidun Pemberontak Murtad
Komander
Khalid ibn al-Walid Musailamah al-Kazzab
Kekuatan
13,000 40,000
Korban dan kehilangan
1,200 21,000

Perang Yamamah :

Berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar.

Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri.

Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.

Isi kandungan

Hari Pertempuran

Pada peringkat awalnya, tentera Islam berjaya mengasak pasukan pemberontak murtad sehingga pasukan pemberontak murtad terdesak dan bertahan untuk seketika. Setelah berjaya bertahan dari serangan tentera Islam, Musailamah dengan pantas mengarahkan pasukannya menyerang balas dengan mengarahkan seluruh kekuatan sayapnya untuk menyerang bahagian tengah tentera Islam. Ketika ini, tentera Islam pula terdesak dan berundur. Khalid ibn al-Walid merasakan pertahanan tentera Islam semakin terdesak memandangkan ramai tentera Islam yang syahid mengarahkan tenteranya berundur dari medan pertempuran.

Kesilapan Percaturan

Semasa proses pengunduran, Khalid membuat penyusunan semula barisan tentera Islam. Beliau menyedari bahawa tentera Islam yang datang dari pelbagai suku kaum tidak patut dicampurkan dalam satu batalion dalam menghadapi pasukan pemberontak murtad yang berasal dari suku kaum Bani Hanifah. Lalu Khalid memecahkan tenteranya mengikut suku kaum masing-masing dengan ketua skuad kecil dilantik dari kalangan suku kaum itu sendiri.

Serangan Balas

Setelah membuat penyusunan semula, Khalid mengarahkan tentera Islam membuat serangan terhadap pemberontak murtad. Kali ini, taktik serangan berskala kecil dalam menghadapi pasukan pemberontak dalam satu batalion berjaya. Pasukan Musailamah yang semakin terdesak terpaksa berundur dan pembantu Musailamah, Muhakim ibn Tufail mengarahkan pasukannya berundur ke kota lindungan pasukan pemberontak murtad. Namun, Muhakim sendiri terkorban ketika menyelamatkan diri daripada serangan bertali arus tentera Islam.

Pertempuran di dalam Kota

Setelah berjaya berundur, Musailamah bertahan di dalam kotanya yang dipanggil Taman Pemurah. Namun, tentera Islam berjaya mengasak dan mengawal pintu masuk kota kaum pemberontak murtad. Ini menyebabkan ramai pasukan Musailamah terkorban termasuk Musailamah sendiri sehingga kota ini digelar Taman Maut.

Selepas kematian Musailamah, lenyaplah pemberontakan yang dilancarkan oleh kumpulan murtad.

Thursday, December 24, 2009

KEMBALINYA HUJJAJ MELAKSANAKAN JANJI


Masjid Nabi Madinatul Munawwarah


Pemandangan kubah hijau di bawahnya maqam Rasulullah saw


Perkarangan Masjid Nabi antara payung kucup dan kembang

Baitullahil haram di Makkah Masjidil Haram



Di Jabal Rahmah dlm sesi ziarah


Bold
Keheningan kaabah


Baqi' perkuburan Sahabat Nabi


Masjidil Nabawi di waktu pagi

Alhamdulillah tepat jam 345 ptg, kumpulan KT 40 , bertarikh : 22/12/09, flight dari Jeddah selamat mendarat di lapangan terbang Sultan Makmud k.Terengganu, selepas 9 jam berada di udara.

Harapan agar amalan semasa di Madina dan Makkah dapat diteruskan sehingga lahirlah peribadi ribuan para Hujjaj dari Malaysia Sesi ini dapat kembali dan mengubah udara malaysia khasnya sekurang kurangnya menjadi generasi cintakan Masjid, generasi Cinta Allah, generasi Cinta Qur'an, generasi kenal batasan Aurat.

Harapan kita semua agar amalan dan Ibadat haji telah mengubah kita para HUJJAJ MENJADI CONTOH IKUTAN KEPADA masyarakat .

Wednesday, October 28, 2009

PANGGILAN HAJI

Firma Allah :

(وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلاَ تَحْلِقُواْ رُؤُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضاً أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ) (البقرة : 196 )

Maksudnya:

" Dan sempurnakanlah ibadah haji dan 'umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban[120] yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu[121], sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan 'umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.


[120]. Yang dimaksud dengan korban di sini ialah menyembelih binatang korban sebagai pengganti pekerjaan wajib haji yang ditinggalkan; atau sebagai denda karena melanggar hal-hal yang terlarang mengerjakannya di dalam ibadah haji.

[121]. Mencukur kepala adalah salah satu pekerjaan wajib dalam haji, sebagai tanda selesai ihram.

Mengenai turunnya ayat ini terdapat beberapa peristiwa sebagai berikut: a. Seorang laki-laki berjubah yang semerbak dengan wewangian zafaran menghadap kepada Nabi SAW dan berkata. "Ya Rasulullah, apa yang harus saya lakukan dalam menunaikan umrah?" Maka turunlah "Wa atimmulhajja wal 'umrata lillah." Rasulullah bersabda: "Mana orang yang tadi bertanya tentang umrah itu?" Orang itu menjawab: "Saya ya Rasulullah." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda. "Tanggalkan bajumu, bersihkan hidung dan mandilah dengan sempurna, kemudian kerjakan apa yang biasa kau kerjakan pada waktu haji."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Shafwan bin Umayyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa Ka'b bin Ujrah ditanya tentang firman Allah "fafidyatum min shiyamin aw shadaqatin aw nusuk" (S. 2. 196). Ia bercerita sebagai berikut: "Ketika sedang melakukan umrah, saya merasa kepayahan, karena di rambut dan di muka saya bertebaran kutu. Ketika itu Rasulullah SAW melihat aku kepayahan karena penyakit pada rambutku itu. Maka turunlah "fafidyatum min shiyamin aw shadaqatin aw nusuk" khusus tentang aku dan berlaku bagi semua. Rasulullah bersabda: "Apakah kamu punya biri-biri untuk fidyah?" Aku menjawab bahwa aku tidak memilikinya. Rasulullah SAW bersabda: "Berpuasalah kamu tiga hari, atau beri makanlah enam orang miskin. Tiap orang setengah sha' (1 1/2 liter) makanan, dan bercukurlah kamu."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bersumber dari Ka'b bin 'Ujrah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ketika Rasulullah SAW beserta shahabat berada di Hudaibiyah sedang berihram, kaum musyrikin melarang mereka meneruskan umrah. Salah seorang shahabat, yaitu Ka'b bin Ujrah, kepalanya penuh kutu hingga bertebaran ke mukanya. Ketika itu Rasulullah SAW lewat di hadapannya dan melihat Ka'b bin 'Ujrah kepayahan. Maka turunlah "faman kana minkum maridlan aw bihi adzan mirra'shihi fafidyatun min shiyamin aw shadaqatin aw nusuk", lalu Rasulullah SAW bersabda: "Apakah kutu-kutu itu mengganggu?" Rasulullah menyuruh agar orang itu bercukur dan membayar fidyah.
(Diriwayatkan oleh Ahmad yang bersumber dari Ka'b.)

Dalam riwayat lainnya dikemukakan: Ketika Rasulullah SAW dan para shahabat berhenti di Hudaibiah (dalam perjalanan umrah) datanglah Ka'b bin 'Ujrah yang di kepala dan mukanya bertebaran kutu karena banyaknya. Ia berkata: "Ya Rasulullah, kutu-kutu ini sangat menyakitkanku." Maka turunlah ayat "faman kana minkum maridlan aw bihi adzan mirra'shihi fafidyatun min shiyamin aw shadaqatin aw nusuk" (S. 2: 196).
(Diriwayatkan oleh al-Wahidi dari 'Atha yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Mudah-mudahan para tetamu Allah yang bertuah dipilih Allah sebagai tetamunya dapat menunaikan nya dengan seikhlas mungkin dan balik nanti setelah bergelar haj atau hajjah,dapat berjuang bersama-sama bagi menegakkan Islam dan menghancurkan thagut.

Wednesday, September 30, 2009

ULUL ALBAB



Sekolah rendah dan sekolah menengah Islam Attalim, merupakan mercu tanda dan "Knowledge center" hasil ukhuwaah dan Taawun insan berjiwa haraki Islamiyah di sekitar Manjong atau atau dengan lain perkataan "anugerah Allah " hasil titik peluh PAS Lumut.


SUASANA TA'ALIM MASA HUJAN

Justru itu marilah kita teruskan kerjabuat ini bukan kerana apa, tetapi kerana mematuhi titah perintah Allah da n Rasulnya.

Antara hadis yang dinyatakan:

كن عالما او متعلمن او مستمعا او محبا ولا تكن خامسا فتهلك
Jadilah kamu orang yang berilmu( Alim) atau yang sentiasa belajar atau sentiasa mendengar didalam program ilmu atau yang mencintai suasana keilmuan dengan membantu dan turut gembira dengan budaya ilmu tetapi jangan jadi golongan kelima , kerana ianya akan membinasakan kamu....

Antara Firman Allah swt:

هُوَ الَّذِيَ أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاء تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الألْبَابِ)
آل عمران : 7

7. Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat[183], itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat[184]. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

[183]. Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat dipahami dengan mudah.

[184]. Termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyaabihaat: ayat-ayat yang mengandung beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan arti mana yang dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, surga, neraka dan lain-lain.


Wallahu A'lam




Thursday, September 3, 2009

JANGE LALA

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006