AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Tuesday, December 20, 2011

KULIAH HADIS

20 dIS 2011, KULIAH HADIS DI SURAU MADAH:

Hadis Tentang Tiga Orang Yang Datang Ke Majlis Ilmu -

SEBAB WURUD HADIS TENTANG TIGA ORANG YANG DATANG KE MAJLIS ILMU

أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

“Mahukah aku ceritakan kepada kamu tentang tiga orang yang datang itu”? Yang seorang itu telah mencari perlindungan kepada Allah, maka Allah memberi perlindungan kepadanya dan seorang lagi pemalu, maka Allah malu kepadanya. Manakala yang seorang lagi berpaling, maka Allah berpaling daripadanya.

Sebabnya:

ُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الاخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abu Waqid al-Laythi, bahawa ketika Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid dan para sahabat ada bersamanya, tiba-tiba datang tiga orang; dua orang daripadanya pergi kepada Rasulullah s.a.w dan seorang lagi meninggalkan majlis itu. Katanya (perawi): Dua orang yang masuk duduk dekat Rasulullah s.a.w. Seorang daripadanya melihat ruang pada halaqah itu, lalu duduk pada ruang itu. Dan seorang lagi duduk di belakang orang lain. Manakala yang ketiga berpaling pergi. Apabila Rasulullah s.a.w selesai (daripada bicaranya) dia bersabda: “Mahukah aku ceritakan kepada kamu tentang tiga orang yang datang itu”? Yang seorang itu telah mencari perlindungan kepada Allah, maka Allah memberi perlindungan kepadanya dan seorang lagi pemalu, maka Allah malu kepadanya. Manakala yang seorang lagi berpaling, maka Allah berpaling daripadanya.

(al-Bukhari: 66, Muslim, no: 2176, al-Tirmizi, no: 2724)

Huraian Hadis:

Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa ada bermacam sikap manusia terhadap ilmu. Orang yang mendapat manfaat daripada usaha pembelajarannya ialah orang yang paling menjaga adab dan mempunyai kesungguhan. Rasulullah s.a.w. memberi ulasan terhadap tiga macam orang ini di hadapan para sahabat dan ini menunjukkan keharusan bagi seorang ahli ilmu untuk menegur orang-orang yang tertentu dalam majlis yang terbuka dengan niat yang baik. Secara tidak langsung Rasulullah s.a.w. memuji para sahabat yang sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Maksud Allah memberi perlindungan kepadanya ialah apabila orang ini menggabungkan dirinya dalam majlis ilmu, Allah s.w.t. membalasnya dengan meletakkannya dalam rahmat-Nya, dan menempatkannya dalam syurga dan kemuliaan-Nya. (al-Mufhim, jil. 5, hal. 508)

Ada beberapa pandangan ulama tentang orang yang kedua yang malu. Qadi ‘Iyad mengatakan kerana berlaku kesesakan dalam majlis. Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa dia malu untuk pergi meninggalkan majlis seperti yang dilakukan oleh orang yang ketiga.

(Takmilah Fath al-Mulhim, jil. 4, hal. 165)

Maksud Allah s.w.t. malu dalam hadis ini ialah sekiranya orang yang ketiga mengatasi sifat malunya dengan cuba untuk memasuki majlis pasti akan ada ruang untuknya kerana membuka ruang dalam majlis amat dianjurkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan. (Surah al-Mujadilah: 11)

Namun oleh kerana sifat malu dirinya tidak kena pada tempat maka dia duduk di barisan akhir maka dia terlepas dari mendapat kelebihan berada di hadapan. Walaubagaimanapun Allah s.w.t. memberi balasan kepadanya kerana usahanya untuk memberi tumpuan dan Dia malu untuk menghukumnya lalu diberikan kemuliaan untuknya. Maksud malu pada Allah s.w.t. ialah Dia melayani hamba-Nya mengikut kadar apa yang dilakukan olehnya dengan memberikan keampunan dan kemuliaan. (lihat al-Mufhim, jil. 5, hal. 508)

Maksud Allah berpaling darinya ialah Allah s.w.t. tidak memberikan kepadanya ilmu dan pahala kerana disebabkan dia tidak menyertai majlis ilmu dan kemungkinan ada padanya sifat yang tidak baik seperti cuai terhadap ilmu dan tidak menghormati majlis ilmu.

Adakah harus mengatakan orang yang ketiga sebagai munafiq? Jawabnya ialah tidak harus. Ini kerana ada juga di kalangan sahabat yang telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. walaupun tidak secara langsung yakni sahabat lain yang memberitahu kepadanya lalu dia bertaubat dan berubah.

Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam Kitab al-‘Ilm dengan meletakkannya di bawah tajuk:

بَاب مَنْ قَعَدَ حَيْثُ يَنْتَهِي بِهِ الْمَجْلِسُ وَمَنْ رَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا

Bab Orang Yang Duduk Di Akhir Majlis, Dan Orang Yang Nampak Satu Ruang Dalam Halaqah Dan Dia Duduk Di Ruang Itu.

Pengajaran

  1. Hadis ini mengandungi beberapa adab menuntut ilmu yang mesti dijaga oleh setiap pelajar.
  2. Hadis ini menyatakan keutamaan menghadiri majlis ilmu serta sentiasa mengikutinya walaupun terlewat sampai.
  3. Orang yang lewat memasuki majlis ilmu, dia boleh mengisi mana-mana ruang yang ada kecuali tempat yang telah dikhususkan untuk orang lain. Jika tidak, maka hendaklah dia mengambil tempat belakang.
  4. Hadis ini juga mendidik kita supaya tidak melepaskan peluang yang baik terutamanya dalam ilmu kerana duduk di bahagian hadapan merupakan satu tempat yang membolehkan pelajar itu mendengar dan nampak dengan jelas tanpa gangguan.
  5. Di samping itu juga, hadis ini mengisharatkan bahawa orang yang berilmu itu hendaklah mengadakan majlis ilmu dan beliau hendaklah berada di tempat sesuai supaya dapat dilihat dengan jelas oleh para hadirin.
  6. Hadis ini juga menerangkan bahawa sikap kita menentukan sebanyak mana ilmu yang diperolehi.
  7. Kesungguhan terhadap ilmu dapat dilihat apabila seseorang pelajar itu datang awal dengan penuh persediaan dan berada di bahagian hadapan majlis. Ini termasuk dalam kaedah al-jaza` min jins al-A’mal (balasan bersesuaian dengan jenis amalan).

Tuesday, December 13, 2011

WASPADA SEBELUM QIAMAT

Ya'juj dan Ma'juj

Tanda ini telah disentuh oleh Allah di dalam firman-Nya:

"Kemudian dia (Zulqarnain) menempuh jalan (yang lain) hingga tatkala dia telah sampai ke tempat yang disinari matahari, dia dapati matahari itu menyinari segolongan umat yang kami tidak menjadi bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (golongan manusia yang sangat miskin). Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya, kemudian dia menempuh satu jalan (yang lain lagi) hingga tatkala dia telah sampai di antara dua buah gunung maka dia dapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: Hai Zulqarnain! Sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini, maka dapatkah kami memberi sesuatu pemberian kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dengan mereka. Zulqarnain berkata: "Apa yang telah dikuasai oleh Tuhanku padaku terhadapnya adalah lebih baik. Maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dengan mereka. Berilah kepadaku potongan potongan besi hingga tatkala besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: Tiuplah (api) itu hingga apabila besi itu sudah menjadi merah seperti api, maka dia berkata pula: Berilah kepadaku tembaga (yang mendinding) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh pula melubanginya.

Zulqarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, tetapi apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar. " (Al‑Kahf 18: 92-98)

Sayyid Qutb telah mentafsirkan ayat ayat ini yang menceritakan tentang ketibaan Zulqarnain kesatu tempat di antara "dua dinding", dimana tidak dapat dipastikan apakah dua dinding itu. Apa yang boleh diambil dari nas ayat ialah ; Zulqarnain telah tiba ke suatu tempat yang berada di antara dua gunung yang tabi'i atau mungkin dua dinding yang dibina. Di antara keduanya terdapat jalan lalu. Di situ terdapat satu kaum (yang hampir hampir tidak mengerti perbicaraan, kerana berlainan bahasa).

Ketika mereka mendapati Zulqarnain mempunyai kekuatan dan kebaikan, mereka telah meminta supaya beliau membina benteng untuk menyekat serangan Ya'juj dan Ma'juj yang akan masuk dan menyerang mereka melalui jalan lalu tersebut. Jika berjaya masuk, ia akan mengadakan berbagai kerosakan di bumi, sedang mereka tidak berkuasa menentangnya. Mereka akan membayar Zulqarnain dengan hadiah yang telah mereka himpunkan, berdasarkan manhaj yang dibawa oleh Zulqarnain untuk menentang serangan itu. Zulqarnain telah menolak tawaran tersebut, sebaliknya beliau sanggup membinanya dengan sukarela.

Dia berpendapat bahawa semudah-mudah cara untuk membinanya ialah dengan menyekat jalan lalu tersebut. Maka beliau meminta supaya kaum itu menolongnya dengan kekuatan alat dan kekuatan tenaga yang mereka ada. Berkata Zulqarnain, maksudnya: “…..maka tolonglah aku dengan kekuatan ( manusia dan alat-alat )agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” “Berilah aku potongan-potongan besi…”

Mereka pun menghimpun keratan keratan besi dan menyambungkannya di jalan lalu di antara dua gunung itu.

“…..hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkata Zulqarnain: ‘Tiuplah api itu’ . Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan keatas besi panas itu”.

Inilah cara yang Allah tunjukkan kepada Zulqarnain, iaitu dengan mencampurkan tembaga ke dalam besi untuk menjadikan besi itu bertambah keras dan kuat. Kita perhatikan bahawa cara ini telah termaktub di dalam al Qur'an lama sebelum penemuan manusia ( hasil daripada pengalaman dan kajian berzaman. ) Dengan cara yang demikian tertutuplah jalan masuk Ya'juj dan Ma'juj ketempat tersebut.

“Maka mereka tidak kuasa mendakinya dan tidak kuasa pula menebuknya” seterusnya tidak kuasa menyerang kaum yang dha'if itu. Dapatlah mereka hidup dalam keadaan damai.

Zulqarnain memerhatikan hasil usaha besar yang dilakukannya itu tanpa merasa berbangga atau membesar besarkan diri, tidak takabbur dan terpedaya dengan kekuatan dan ilmunya. Beliau bersyukur dengan taufiq dan kekuatan dari Allah serta iklankan keimanan bahawa bukit, gunung dan segala dinding sekatan itu akan berlaga dan hancur sebelum Kiamat dan jadilah bumi ini terhampar rata.

Persoalan Sayyid Qutb :

· Siapakah Ya'juj dan Ma'juj?

· Di manakah Ya’juj dan Ma'juj hari ini?

· Bagaimanakah keadaan mereka, dahulu dan sekarang?

Persoalan ini tidak mudah untuk dijawab secara tahqiq, kerana kita tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar samada melalui ayat ayat alQur'an atau hadith hadith sahih.

1. Al Qur'an menyentuh hal ini melalui ayat yang bermaksud:

“Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar.”

2. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sampai waktu dibukakan (tembok sekatan) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat tempat yang tinggi.. Dan (di waktu itu) telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari Berbangkit) maka tiba tiba berbelalaklah mata mata orang orang kafir (serta berteriak): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang orang yang zalim." (Al Anbiyaa’: 96-97)

Ada pun hadith hadith sahih yang menyentuh hal Ya'juj dan Ma'juj adalah seperti berikut:

"Daripada Zainab binti Jahsy r.a.ha bahawa Rasulullah s. a. w. telah masuk menemuinya pada suatu hari dalam keadaan terkejut, Baginda berkata: "celakalah bagi bangsa Arab kerana kejahatan yang telah hampir, telah tembus hari ini sedikit dari dinding/pagan sekatan Ya’juj dan Ma’juj (yang dibina oleh Zulqarnain) seperti ini” Baginda membuat bulatan dengan dua jarinya: iaitu ibu jari dengan telunjuknya. Berkata Zainab bin Jahsy: “ Ya Rasulallah, apakah akan dibinasa kami sedang kami berada dalam kalangan orang orang yang saleh?” Jawab Baginda: “Ya; apabila banyak kejahatan" (Bukhari dan Muslim)

Hadith yang dikeluarkan oleh Muslim daripada anNawas bin Sum'an menyentuh hal ad Dajjal, turunnya Nabi Isa a.s, hal Ya'juj dan Ma'juj. Hadith ini ada menyebut:

"Dan Allah membangkitkan Ya’juj dan Ma’juj (dengan bilangan yang banyak) dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi, (tentera tentera) yang pertama dari mereka melalui di Tasik Thabiryyah (di negeri Syam) mereka minum dari tasik itu (sehingga habis) manakala (tentera tentera) yang terakhir dari mereka apabila melalui di tasik itu, mereka berkata:’Sesungguhnya di tasik ini dahulu ada air." (Muslim, Tarmidhi)

Banyak lagi hadith hadith sahih yang menyentuh hal Ya'juj dan Ma'juj. Hadith-hadith tersebut mengingatkan tentang kerosakan yang lahir dari umat ini pada akhir akhir umur dunia. Kesimpulan dan pengajaran dari hadith hadith tersebut ialah orang orang yang beriman mestilah yakin dengan kedudukan Ya'juj dan Ma'juj yang dicerita di dalam al Qur'an dan hadith hadith yang sahih. Ada pun mengenai masa kelahiran Ya'juj dan Ma'juj , mengenai bentuk dan sifat sifat mereka serta tempat mereka berada sebelum mereka lahir, semua itu adalah perkara ghaib yang Allah swt sahajalah yang mengetahuinya.

Saturday, October 9, 2010

TAFAQQUH FI DIN BULAN OKT DI MADAH

kuliah tafaaqquh Fi din : Bertarikh 10.10 10
Kehadiran agak merosot....masih beraya dan banyak kenduri !!!!

Beriman kepada Kitab-kitab Allah

Fokus utama ialah kepada Allah.Beriman kepada Kitab ialah secara tafsil iaitu detail, berbeza dengan beriman kepada kitab Injil Zabur dan Taurat yang ada pada hari ini, dimana ianya sudah bercampur dengan tulisan tangan manusia.ia bukan lagi kitab Allah yang sebenarnya.

Beriman kepada Kitab ialah percaya bahawa setiap nabi dan rasul ada kitab masing-masing.Kitab-kitab ketuhanan atau kitab-kitab dari Allah.yang paling masyur 4, dalam bentuk kitab.

Kitab tersebut ada di sebut dalam Qur’an dan ada yang tidak di beritahu, tetapi kita wajib ber'ittiqad setiap mereka ada kitab.Wajib beriman secara Ijmal atau umum.

Antara yang disebut dalam al Qur’an:.

1. At Taurat: Kepada Nabi Musa as, dalam bahasa Qibti( Mesir tua )

Tujuan Kitab diturunkan Allah SWT:

(إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن كِتَابِ اللّهِ وَكَانُواْ عَلَيْهِ شُهَدَاء فَلاَ تَخْشَوُاْ النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ) (المائدة : 44 )

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir

Huraian:

Tujuan diturunkan

a. Semua kitab-kitab membawa hidayah

b. Menyuluh kepada jalan yang lurus

c. Menjadi sumber hukum, bagi menyelesaikan masalah kehidupan manusia.

2. Injil: Kepada nabi Isa as.

(وَقَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِم بِعَيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَآتَيْنَاهُ الإِنجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ) (المائدة : 46 )

46. Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu Kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.

Huraian:

Selain dari tujuan di atas , tujuan kitab juga ialah membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya.daan juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang bertaqwa.

Memberi peringatan kepada orang agar janagan buat dosa.

Persoalan:

a. Apakah kita gunakan Al qur’an sebagai sumber hokum?apakah hukum hakam dari yahudi dan nasara atau dari akal manusia.Hukum mati hari ini pun orang tidak takut, kerana ianya bukan hukum Allah.

b. Sebagai Asalnya kitab dalam gelap , tidak kenal halal atau haram, jadi apakah kita ambil kitab sebagai cahaya?

Sebagai Panduan hidup ?

3. Az zabur;

(وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَى بَعْضٍ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُوراً) (الإسراء : 55 )

55. Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian nabi-nabi itu atas sebagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud.

Nabi Daud guna syariat nabi Musa.

4. Suhuf.

Panduan kepada manusia, dan sebahagiannya di muatkan dalam Qur’an.

Firman Allah SWT:

(أَمْ لَمْ يُنَبَّأْ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَى) (النجم : 36 )

(وَإِبْرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّى) (النجم : 37 )

(أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى) (النجم : 38 )

(وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى) (النجم : 39 )

(وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى) (النجم : 40 )

(ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى) (النجم : 41 )

(عِندَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى) (النجم : 14 )

36. Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa?

37. dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?

38. (yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain,

39. dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya

40. dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya).
41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,

Kaedah

a. Manusia tidak menanggung dosa orang lain.( masing-masing tanggung sendiri )

b. Setiap orang akan mendapat apa yang di usahakan.

c. Setiap orang akan melihat hasil yang di lakukannya

d. Setiap orang akan menerima balasan yang sempurna dari Allah SWT.

Contoh kandungan suhuf:

Surah Al A’la ( 14 – 19 )

(قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّى) (الأعلى : 14 )

Hingga (صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى) (الأعلى : 19 )

14. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),
19. (yaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

Syarat Berjaya:

a. Mesti bersih diri

b. Apabila sebut nama allah terus patuh

c. Utamakan Akhirat di samping dunia.

Bersihkan diri dari 3 perkara

a. Tidak sesat

b. Bersih disudut syariat

c. Bersihkan di sudut tasauf

Kitab-kitab diturunlan

(كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْياً بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ لِمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ) (البقرة : 213

213. Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.


a. Sebagai sumber hukum

b. Asal manusia satu , semua beriman.

Wajib beriman dengan kitab , walaupun tidak disebut nama, dan tidak boleh dinisbahkan kepada sesiapa.Wajib beriman yang ianya membawa kebenaran.cahaya yang menerangi.

5. Al Qur’an.

Pertanyaan :

1. Sesorang buat dosa dialah pikul dosanya.

Anak merupakan tanggungjawab ibubapa sehingga mereka kenal hukum Allah dan beramal dengan hukum itu, ini tanggungjawab. Bila anak sudah baligh, dia sendiri bertanggungjawab tentang apa yang dia buat. Adapun sebelum baligh, tugas kepada ibu bapanya.

Seandainya anak ada dosa yang banyak , ibu bapa tidak menanggung dosa si anak itu, ( seperti kata bapa, “ wahai Allah aku mohon untuk menanggung dosa anak ku” )

Tetapi ibu bapa mendapat dosa, hasil kealpaan ibu bapa .Anak mendapat dosa penuh dan ibu bapa dapat dosa kerana gagal laksanakan tanggungjawab.

Dalam sejarah Isteri Firaun, Asiah, walaupun suaminya kufur tetapi Asiah tetap menjadi wanita Solehah.

“Disegi bahasa” kamu berdosa bila anak buat salah. Tetapi sebenarnya ibu bapa mendapat dosa bila tidak bertanggungjawab dan alpa mendidik.

Contoh nabi Lut dan Noh , walaupun isteri mereka kufur kepada Allah.Mereka tidak menanggung dosa isteri mereka.

...bersambung bulan Nov 2010

Wednesday, October 6, 2010

HUKUM BERKAITAN ANAK YANG GUGUR


Hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan;

السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
“Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup.

Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;

إذا استهل السقط صلى عليه وورث
“Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).

Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492).

Perincian hukum di atas adalah khusus bagi janin atau bayi yang berusia sebelum enam bulan sebagaimana dinyatakan. Adapun bayi yang telah berusia lebih enam bulan di dalam kandungan, hukumnya sama seperti orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan jika ia gugur atau mati ketika dilahirkan (sama ada terdapat tanda-tanda hidup atau tidak).

Kesimpulannya, merujuk kepada soalan di atas; bayi yang berusia empat bulan di dalam kandungan jika keguguran tidak perlu disolatkan mengikut mazhab Syafi’ie. Kecualilah jika ketika gugur itu terdapat tanda-tanda hidup, maka wajiblah disolatkan. Namun hal tersebut tidak pernah kita saksikan.

Wallahu A’lam.

Tambahan;

Apa yang kita huraikan di atas adalah mengikut pandangan di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie. Adapun mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab lain;
- Menurut Imam Malik; bayi yang keguguran (yakni lahir tidak cukup bulan) tidak perlu disolatkan kecuali jika ada tanda-tanda hidup dan tanda itu hendaklah dalam tempoh yang panjang.
- Menurut Ibnu Umar r.a., Ibnu Sirin dan Imam Ahmad; hendaklah disolatkan ke atasnya sekalipun tidak bersuara (jika usianya telah sampai empat bulan).

Rujukan;

1. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 209-212.
2. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 474.
3. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 1, hlm. 264.
4. Al-Fiqhul-Islami Wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 506.
5. Matn al-Ghayah Wa at-Taqrib, ulasan oleh; Syeikh Majid al-Hamawi, hlm. 100-101.
6. Syarh Soheh Muslim, juz 9, kitab al-Janaiz, bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.