AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Tuesday, December 13, 2011

WASPADA SEBELUM QIAMAT

Ya'juj dan Ma'juj

Tanda ini telah disentuh oleh Allah di dalam firman-Nya:

"Kemudian dia (Zulqarnain) menempuh jalan (yang lain) hingga tatkala dia telah sampai ke tempat yang disinari matahari, dia dapati matahari itu menyinari segolongan umat yang kami tidak menjadi bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (golongan manusia yang sangat miskin). Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya, kemudian dia menempuh satu jalan (yang lain lagi) hingga tatkala dia telah sampai di antara dua buah gunung maka dia dapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: Hai Zulqarnain! Sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini, maka dapatkah kami memberi sesuatu pemberian kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dengan mereka. Zulqarnain berkata: "Apa yang telah dikuasai oleh Tuhanku padaku terhadapnya adalah lebih baik. Maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dengan mereka. Berilah kepadaku potongan potongan besi hingga tatkala besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: Tiuplah (api) itu hingga apabila besi itu sudah menjadi merah seperti api, maka dia berkata pula: Berilah kepadaku tembaga (yang mendinding) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh pula melubanginya.

Zulqarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, tetapi apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar. " (Al‑Kahf 18: 92-98)

Sayyid Qutb telah mentafsirkan ayat ayat ini yang menceritakan tentang ketibaan Zulqarnain kesatu tempat di antara "dua dinding", dimana tidak dapat dipastikan apakah dua dinding itu. Apa yang boleh diambil dari nas ayat ialah ; Zulqarnain telah tiba ke suatu tempat yang berada di antara dua gunung yang tabi'i atau mungkin dua dinding yang dibina. Di antara keduanya terdapat jalan lalu. Di situ terdapat satu kaum (yang hampir hampir tidak mengerti perbicaraan, kerana berlainan bahasa).

Ketika mereka mendapati Zulqarnain mempunyai kekuatan dan kebaikan, mereka telah meminta supaya beliau membina benteng untuk menyekat serangan Ya'juj dan Ma'juj yang akan masuk dan menyerang mereka melalui jalan lalu tersebut. Jika berjaya masuk, ia akan mengadakan berbagai kerosakan di bumi, sedang mereka tidak berkuasa menentangnya. Mereka akan membayar Zulqarnain dengan hadiah yang telah mereka himpunkan, berdasarkan manhaj yang dibawa oleh Zulqarnain untuk menentang serangan itu. Zulqarnain telah menolak tawaran tersebut, sebaliknya beliau sanggup membinanya dengan sukarela.

Dia berpendapat bahawa semudah-mudah cara untuk membinanya ialah dengan menyekat jalan lalu tersebut. Maka beliau meminta supaya kaum itu menolongnya dengan kekuatan alat dan kekuatan tenaga yang mereka ada. Berkata Zulqarnain, maksudnya: “…..maka tolonglah aku dengan kekuatan ( manusia dan alat-alat )agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” “Berilah aku potongan-potongan besi…”

Mereka pun menghimpun keratan keratan besi dan menyambungkannya di jalan lalu di antara dua gunung itu.

“…..hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkata Zulqarnain: ‘Tiuplah api itu’ . Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan keatas besi panas itu”.

Inilah cara yang Allah tunjukkan kepada Zulqarnain, iaitu dengan mencampurkan tembaga ke dalam besi untuk menjadikan besi itu bertambah keras dan kuat. Kita perhatikan bahawa cara ini telah termaktub di dalam al Qur'an lama sebelum penemuan manusia ( hasil daripada pengalaman dan kajian berzaman. ) Dengan cara yang demikian tertutuplah jalan masuk Ya'juj dan Ma'juj ketempat tersebut.

“Maka mereka tidak kuasa mendakinya dan tidak kuasa pula menebuknya” seterusnya tidak kuasa menyerang kaum yang dha'if itu. Dapatlah mereka hidup dalam keadaan damai.

Zulqarnain memerhatikan hasil usaha besar yang dilakukannya itu tanpa merasa berbangga atau membesar besarkan diri, tidak takabbur dan terpedaya dengan kekuatan dan ilmunya. Beliau bersyukur dengan taufiq dan kekuatan dari Allah serta iklankan keimanan bahawa bukit, gunung dan segala dinding sekatan itu akan berlaga dan hancur sebelum Kiamat dan jadilah bumi ini terhampar rata.

Persoalan Sayyid Qutb :

· Siapakah Ya'juj dan Ma'juj?

· Di manakah Ya’juj dan Ma'juj hari ini?

· Bagaimanakah keadaan mereka, dahulu dan sekarang?

Persoalan ini tidak mudah untuk dijawab secara tahqiq, kerana kita tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar samada melalui ayat ayat alQur'an atau hadith hadith sahih.

1. Al Qur'an menyentuh hal ini melalui ayat yang bermaksud:

“Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar.”

2. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sampai waktu dibukakan (tembok sekatan) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat tempat yang tinggi.. Dan (di waktu itu) telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari Berbangkit) maka tiba tiba berbelalaklah mata mata orang orang kafir (serta berteriak): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang orang yang zalim." (Al Anbiyaa’: 96-97)

Ada pun hadith hadith sahih yang menyentuh hal Ya'juj dan Ma'juj adalah seperti berikut:

"Daripada Zainab binti Jahsy r.a.ha bahawa Rasulullah s. a. w. telah masuk menemuinya pada suatu hari dalam keadaan terkejut, Baginda berkata: "celakalah bagi bangsa Arab kerana kejahatan yang telah hampir, telah tembus hari ini sedikit dari dinding/pagan sekatan Ya’juj dan Ma’juj (yang dibina oleh Zulqarnain) seperti ini” Baginda membuat bulatan dengan dua jarinya: iaitu ibu jari dengan telunjuknya. Berkata Zainab bin Jahsy: “ Ya Rasulallah, apakah akan dibinasa kami sedang kami berada dalam kalangan orang orang yang saleh?” Jawab Baginda: “Ya; apabila banyak kejahatan" (Bukhari dan Muslim)

Hadith yang dikeluarkan oleh Muslim daripada anNawas bin Sum'an menyentuh hal ad Dajjal, turunnya Nabi Isa a.s, hal Ya'juj dan Ma'juj. Hadith ini ada menyebut:

"Dan Allah membangkitkan Ya’juj dan Ma’juj (dengan bilangan yang banyak) dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi, (tentera tentera) yang pertama dari mereka melalui di Tasik Thabiryyah (di negeri Syam) mereka minum dari tasik itu (sehingga habis) manakala (tentera tentera) yang terakhir dari mereka apabila melalui di tasik itu, mereka berkata:’Sesungguhnya di tasik ini dahulu ada air." (Muslim, Tarmidhi)

Banyak lagi hadith hadith sahih yang menyentuh hal Ya'juj dan Ma'juj. Hadith-hadith tersebut mengingatkan tentang kerosakan yang lahir dari umat ini pada akhir akhir umur dunia. Kesimpulan dan pengajaran dari hadith hadith tersebut ialah orang orang yang beriman mestilah yakin dengan kedudukan Ya'juj dan Ma'juj yang dicerita di dalam al Qur'an dan hadith hadith yang sahih. Ada pun mengenai masa kelahiran Ya'juj dan Ma'juj , mengenai bentuk dan sifat sifat mereka serta tempat mereka berada sebelum mereka lahir, semua itu adalah perkara ghaib yang Allah swt sahajalah yang mengetahuinya.

No comments: