AHLAN WASAHLAN

ANDA PELAWAT YANG KE...

stat counter
Provided by the elogicwebsolutions.com web design team.

PROGRAM RUTIN SURAU MADAH


PROGRAM ILMU DI MADAH:

1. TAZKIRAH PRA JUMAAT
2.KULIAH MAGHRIB SETIAP MALAM
3. KULIAH SUBOH SETIAP PAGI AHAD

4. KULIAH TAFAQQUH: US TARMIZI AB RAHMAN
KITAB : AL IMAN
MASA: 9.00- 11.00 PAGI
TARIKH: ( AHAD MINGGU KE 2)
TEMPAT: MADAH

MUDAH MUDAHAN ALLAH MEMBUKA HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK SAMA-SAMA MEMAKMURKANNYA

UNTUK DERMA SRI ATTALIM: AKAUN B ISLAM: 08059010002862

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (التوبة : 103 )

103. Ambillah (Sadaqah )zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

USRAH : SETIAP MINGGU KE- 4 , HARI JUMAAT( MALAM )
BERMULA : 7.00 - 10.00 MLM

Tuesday, December 20, 2011

KULIAH HADIS

20 dIS 2011, KULIAH HADIS DI SURAU MADAH:

Hadis Tentang Tiga Orang Yang Datang Ke Majlis Ilmu -

SEBAB WURUD HADIS TENTANG TIGA ORANG YANG DATANG KE MAJLIS ILMU

أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

“Mahukah aku ceritakan kepada kamu tentang tiga orang yang datang itu”? Yang seorang itu telah mencari perlindungan kepada Allah, maka Allah memberi perlindungan kepadanya dan seorang lagi pemalu, maka Allah malu kepadanya. Manakala yang seorang lagi berpaling, maka Allah berpaling daripadanya.

Sebabnya:

ُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الاخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الاخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abu Waqid al-Laythi, bahawa ketika Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid dan para sahabat ada bersamanya, tiba-tiba datang tiga orang; dua orang daripadanya pergi kepada Rasulullah s.a.w dan seorang lagi meninggalkan majlis itu. Katanya (perawi): Dua orang yang masuk duduk dekat Rasulullah s.a.w. Seorang daripadanya melihat ruang pada halaqah itu, lalu duduk pada ruang itu. Dan seorang lagi duduk di belakang orang lain. Manakala yang ketiga berpaling pergi. Apabila Rasulullah s.a.w selesai (daripada bicaranya) dia bersabda: “Mahukah aku ceritakan kepada kamu tentang tiga orang yang datang itu”? Yang seorang itu telah mencari perlindungan kepada Allah, maka Allah memberi perlindungan kepadanya dan seorang lagi pemalu, maka Allah malu kepadanya. Manakala yang seorang lagi berpaling, maka Allah berpaling daripadanya.

(al-Bukhari: 66, Muslim, no: 2176, al-Tirmizi, no: 2724)

Huraian Hadis:

Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kita bahawa ada bermacam sikap manusia terhadap ilmu. Orang yang mendapat manfaat daripada usaha pembelajarannya ialah orang yang paling menjaga adab dan mempunyai kesungguhan. Rasulullah s.a.w. memberi ulasan terhadap tiga macam orang ini di hadapan para sahabat dan ini menunjukkan keharusan bagi seorang ahli ilmu untuk menegur orang-orang yang tertentu dalam majlis yang terbuka dengan niat yang baik. Secara tidak langsung Rasulullah s.a.w. memuji para sahabat yang sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Maksud Allah memberi perlindungan kepadanya ialah apabila orang ini menggabungkan dirinya dalam majlis ilmu, Allah s.w.t. membalasnya dengan meletakkannya dalam rahmat-Nya, dan menempatkannya dalam syurga dan kemuliaan-Nya. (al-Mufhim, jil. 5, hal. 508)

Ada beberapa pandangan ulama tentang orang yang kedua yang malu. Qadi ‘Iyad mengatakan kerana berlaku kesesakan dalam majlis. Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa dia malu untuk pergi meninggalkan majlis seperti yang dilakukan oleh orang yang ketiga.

(Takmilah Fath al-Mulhim, jil. 4, hal. 165)

Maksud Allah s.w.t. malu dalam hadis ini ialah sekiranya orang yang ketiga mengatasi sifat malunya dengan cuba untuk memasuki majlis pasti akan ada ruang untuknya kerana membuka ruang dalam majlis amat dianjurkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan. (Surah al-Mujadilah: 11)

Namun oleh kerana sifat malu dirinya tidak kena pada tempat maka dia duduk di barisan akhir maka dia terlepas dari mendapat kelebihan berada di hadapan. Walaubagaimanapun Allah s.w.t. memberi balasan kepadanya kerana usahanya untuk memberi tumpuan dan Dia malu untuk menghukumnya lalu diberikan kemuliaan untuknya. Maksud malu pada Allah s.w.t. ialah Dia melayani hamba-Nya mengikut kadar apa yang dilakukan olehnya dengan memberikan keampunan dan kemuliaan. (lihat al-Mufhim, jil. 5, hal. 508)

Maksud Allah berpaling darinya ialah Allah s.w.t. tidak memberikan kepadanya ilmu dan pahala kerana disebabkan dia tidak menyertai majlis ilmu dan kemungkinan ada padanya sifat yang tidak baik seperti cuai terhadap ilmu dan tidak menghormati majlis ilmu.

Adakah harus mengatakan orang yang ketiga sebagai munafiq? Jawabnya ialah tidak harus. Ini kerana ada juga di kalangan sahabat yang telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. walaupun tidak secara langsung yakni sahabat lain yang memberitahu kepadanya lalu dia bertaubat dan berubah.

Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam Kitab al-‘Ilm dengan meletakkannya di bawah tajuk:

بَاب مَنْ قَعَدَ حَيْثُ يَنْتَهِي بِهِ الْمَجْلِسُ وَمَنْ رَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا

Bab Orang Yang Duduk Di Akhir Majlis, Dan Orang Yang Nampak Satu Ruang Dalam Halaqah Dan Dia Duduk Di Ruang Itu.

Pengajaran

  1. Hadis ini mengandungi beberapa adab menuntut ilmu yang mesti dijaga oleh setiap pelajar.
  2. Hadis ini menyatakan keutamaan menghadiri majlis ilmu serta sentiasa mengikutinya walaupun terlewat sampai.
  3. Orang yang lewat memasuki majlis ilmu, dia boleh mengisi mana-mana ruang yang ada kecuali tempat yang telah dikhususkan untuk orang lain. Jika tidak, maka hendaklah dia mengambil tempat belakang.
  4. Hadis ini juga mendidik kita supaya tidak melepaskan peluang yang baik terutamanya dalam ilmu kerana duduk di bahagian hadapan merupakan satu tempat yang membolehkan pelajar itu mendengar dan nampak dengan jelas tanpa gangguan.
  5. Di samping itu juga, hadis ini mengisharatkan bahawa orang yang berilmu itu hendaklah mengadakan majlis ilmu dan beliau hendaklah berada di tempat sesuai supaya dapat dilihat dengan jelas oleh para hadirin.
  6. Hadis ini juga menerangkan bahawa sikap kita menentukan sebanyak mana ilmu yang diperolehi.
  7. Kesungguhan terhadap ilmu dapat dilihat apabila seseorang pelajar itu datang awal dengan penuh persediaan dan berada di bahagian hadapan majlis. Ini termasuk dalam kaedah al-jaza` min jins al-A’mal (balasan bersesuaian dengan jenis amalan).

2 comments:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA